Wednesday, July 27, 2011

welcome back

Alhamdulillah...maaf sangat- sangat...di sebabkan kesuntukan masa dan hanya saya seorang saje yang update blog ni, maka tersadai lama blog ni.


dikesempatan ni, saya nak share serba sikit program yang BAKA IPK Perak telah jalankan. 

1) QIYAMULLLAIL (anjuran BAKA dan PERKEP Perak)
2) KURSUS PRA PERKAHWINAN (anjuran bersama BAKA dan JAIP Perak)
3) KURSUS PEMANTAPAN IMAM DAN BILAL (anjuran BAKA IPK dan BAKA IPD Manjung)
4) KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ( anjuran BAKA IPK Perak)
5) SEMINAR CELIK UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAM (anjuran BAKA IPK Perak dan JAIP)
6) TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KONTINJEN PERAK

7) CERAMAH AWAL RAMADHAN 1432 H/2011 M

ni la serba sikit program yang dijalankan..doakan kami semua di BAKA IPK Perak diberikan kekuatan untuk terus bekerja lillahhi ta'ala...

hakim- hakim tilawah 

ASP Ahmad Zainol Bin Sudin (wakil IPD Hilir Perak)

kira markah peserta

alunan ayat suci al-Quran

wakil PGA Batalion 18 Pengkalan Hulu

muslimat yang datang beri sokongan

YDH Dato' Pahlawan Dzuraidi menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Tuesday, January 4, 2011

GAMBAR MAJLIS CERAMAH MA'AL HIJRAH 1432 HIJRAH

( KETUA CAWANGAN AGAMA BERSAMA PENCERAMAH USTAZ HJ DZULKARNAIN HAMZAH)

( TETAMU VIP)

( TIMBALAN KETUA POLIS PERAK BERSAMA PENCERAMAH)

(HADIRIN YANG DATANG)


Friday, December 24, 2010

CERAMAH MA'AL HIJRAH 1432 HIJRIAH/ 2010 MASIHI

Alhamdulillah...majlis ceramah agama sempena sambutan Ma'al Hijrah 1432 Hijriah semalam berjalan dengan lancar... :) terima kasih pada semua yang terlibat. AJK PELAKSANA yang bertungkus lumus dari awal untuk pastikan majlis berjalan dengan lancar, mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung.


Hanya Allah yang dapat balas jasa dan bakti kalian. Saya bagi pihak urusetia BAKA IPK Perak berpuas hati dengan sambutan yang diberikan semalam dan semoga hadirin yang hadir beroleh manfaat dari ceramah yang disampaikan dengan berkesan dan sangat menyentuh jiwa hadirin yang hadir. Meremang jugak la bila USTAZ HJ DZULKARNAIN HAMZAH BERZIKIR SEMALAM DAN MENGALUNKAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN.


 Masya Allah, beliau dikurniakan dengan suara yang sedap dan mampu membuat hati2 yang keras menjadi lembut dan lunak dengan bacaan beliau. Apa yang disampaikan oleh Ustaz semalam yang boleh diambil iktibar oleh pengurusan BAKA ialah bagaimana untuk kita berjuang dalam dakwah menegakkan kebenaran. Banyak pengalaman yang dikongsikan bersama hadirin ketika beliau masih di dalam KAGAT bersama dengan Dato' Jamil Khir Baharom. Semoga pihak BAKA khususnya dapat menjayakan misi dan visi BAKA ditubuhkan. Insya Allah. Lepas ni saya akan upload video yang dirakam ketika majlis tersebut dan gambar2 sepanjang majlis. 

Sunday, December 19, 2010

Ceramah Ma'al Hijrah Peringkat Kontinjen 2010

assalamualaikum semua...

alhamdulillah, kita jumpa lagi dengan izinNya. cuma nak buat sedikit announcement bahawa Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) kontinjen Perak akan mengadakan satu majlis ceramah agama sempena sambutan Ma'al Hijrah 1432 H/ 2010 M. walaupun agak sedikit terlewat dari tarikh yang asal, atas beberapa faktor yang tak dapat di elakkan, majlis ni terpaksa di tangguhkan beberapa kali. yelah, nak kumpulkan semua kontinjen bukan senang. lebih2 lagi melibatkan "orang2 besar". kena fix kan program kita dengan jadual mereka pulak. Insya Allah, majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:


           TARIKH : 23 DISEMBER 2010 @ 17 MUHARRAM 1432 H
        TEMPAT: SURAU AL-FALAH, IPK PERAK
            MASA    : 6.45 PETANG
               PAKAIAN: PAKAIAN KEBANGSAAN
             MAKAN : DISEDIAKAN

alhamdulillah, biiznillah pihak kami berjaya jugak dapatkan penceramah yang memang hot di pasaran sekarang. Insya Allah, ustaz Dzulkarnain Hamzah dari ASTRO OASIS akan menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Walaupun tak dapat liputan yang meluas dari mana2 media, at least kehadiran ramai wakil dari kontinjen setiap daerah akan memeriahkan lagi majlis tersebut. Insya Allah. kita jumpe pada malam tersebut. kalau sape2 yang tak berapa nak cam muka ustaz Dzulkarnain tu, ni saya upload khas pic Ustaz Dzulkarnain...


( ni la org nye...pengacara Imam Muda@ astro oasis )



                         

Friday, December 10, 2010

HIJRAH KE ARAH MEMPERKASA UMMAH

Muslimin & Muslimat  Yang di Rahmati Allah sekalian,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada tahun baru hijrah yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada saudara-saudara sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini berada 4hb Muharram bagi tahun baru 1432H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah. Ma'al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100:
Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Tuan-tuan & Puan-puan  Yang di Rahmati Allah sekalian,
Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membangun negara yang berteraskan petunjuk al-Quran al- Karim. Dalam masa 10 tahun sahaja, Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar seperti Rom timur dan Parsi. Pengajaran yang penting kepada kita daripada peristiwa hijratur Rasul ini ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.
Justeru itu, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

Maksudnya: "Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan."

Pendidikan adalah matlamat utama melahirkan individu muslim yang berilmu dan membina masa depan sebagai ummah contoh. Peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia itu sendiri termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi menjana ummah berkualiti, pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh yang melibatkan fardhu 'ain, fardhu kifayah dan teknologi maklumat perlu dititikberatkan.
          Umat Islam dituntut memperkukuh ilmu fardhu ‘ain dengan mendalami pengetahuan agama seperti dalam bidang tafsir al-Quran, hadith, fiqh, akidah dan sebagainya sebagai benteng kepada keutuhan dan kekuatan iman serta pegangan kepada agama Islam itu sendiri. Bagi memantapkan  ilmu fardu ‘ain ini, umat Islam diseru agar mengikuti kuliah-kuliah agama di masjid dan surau melalui pengajian kelas fardu ‘ain dan takmir yang telah disediakan.
                Namun, persoalan besar timbul ialah sejauh manakah penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan di negara ini?. Berdasarkan pemerhatian dalam bidang-bidang tertentu seperti ilmu matematik, sains fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perubatan dan bidang-bidang sains yang lain, di dapati bahawa umat Islam ketinggalan jauh berbanding pencapaian kaum-kaum lain. Ini merupakan cabaran hebat kepada umat Islam di negara ini dalam usaha membina masa depan yang cemerlang.
Memperkasa umat Islam sebagai umat yang unggul menutut kebijaksanaan yang amat tinggi. Dalam bidang ilmu dan pendidikan mestilah ada perubahan iaitu tajdid. Pembaruan ilmu dan pendidikan yang bersifat semasa mampu melepaskan seseorang itu dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Dengan cara ini akan melahirkan ilmuan yang selari dan senafas dengan zaman serta cabaran lingkungan terkini.
Memperkasa umat Islam haruslah bermula dengan contoh dan tauladan yang tinggi supaya ianya menjadi sumber ikutan yang baik di kalangan umat-umat yang lain. Umat Islam mestilah diberikan suasana kebebasan dalam membuat pandangan-pandangan yang membina supaya setiap pihak merasa selesa bahawa kritikan yang membina adalah untuk kebaikan kepada semua.
Kita semua sedia maklum bahawa pendidikan yang berkesan tidak akan terlaksana jika ia tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kejasama dan sokongan dari semua pihak terutama institusi keluarga. Ibu bapa sebagai ketua keluarga seharusnya peka dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya bersama. Ibu- bapa perlu menyediakan prasarana yang baik di rumah bagi memastikan anak-anak dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa dan sempurna.
                Proses pendidikan rasmi dibangku sekolah merupakan medan terbaik untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia seterusnya membawa mereka kemercu kecemerlangan dan kegemilangan. Akan tetapi usaha ini tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan, sekiranya ibu- bapa menyerahkan tugas mendidik anak-anak ini kepada pihak sekolah secara mutlak. Sewajarnya tugas mendidik diteruskan oleh ibu- bapa ketika anak-anak bersama mereka. Sebagai contoh, anak-anak telah diajar tentang cara bersolat dibangku sekolah  tetapi perlaksanaannya perlu dipantau dan diteruskan di rumah. Andaikata berlaku pengabaian dalam aspek ini maka akan pincanglah proses pendidikan itu. Soalnya apakah kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna?.

Mengakhiri wacana fid-din pada minggu ini, Bersempena dengan tahun baru hijrah ini, , marilah kita sama-sama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan generasi umat Islam lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut:
Pertama:    Memperkasa sektor pendidikan yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara;
Kedua: Ibubapa perlu berusaha dan berkorban menyediakan peruntukkan yang sewajarnya untuk pendidikan;
Ketiga: Ibubapa perlu membuat kajian dan analisis dari masa ke masa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina pendidikan cemerlang;
dan Keempat: Merancang dan menyediakan pelan tindakan supaya matlamat pendidikan anak-anak memenuhi keperluan dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:

Maksudnya: "Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."



Muzakarah Fatwa kebangsaan

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan isu orang bukan Islam membaca dan menterjemahkan ayat-ayat suci al-Quran dalam Muzakarah Khas yang telah diadakan pada 3 Disember 2010, jam 8.30 malam bertempat di Pan Pacific KLIA.

Muzakarah Khas ini diadakan ekoran daripada tindakan beberapa orang ahli politik bukan Islam yang menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran di dalam ceramah-ceramah politik yang diadakan. Muzakarah Khas yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti-mufti dan Timbalan-timbalan Mufti serta Ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Turut hadir Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa dan Tuan Hj. Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM.

Muzakarah Khas yang diadakan ini telah meneliti rakaman siri-siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan teks al-Quran yang digunakan serta pandangan dan hujah-hujah para ulama’ muktabar dalam isu ini dan berpandangan bahawa:

“ Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.

Maka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam. Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan.

Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, Muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat. Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera.

Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”

( sumber dari JAKIM : http://www.islam.gov.my/)

Thursday, December 9, 2010

kuRsus PenguRusan JeNazah



alhamdulillah, ketemu kembali...pada 30 November yang lepas Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Perak da selamat anjurkan satu kursus pengurusan jenazah peringkat kontinjen khas untuk staff BAKA. seramai 50 org peserta telah melibatkan diri dalam kursus ni. Yang pasti banyak manfaat yang dapat diambil daripada kursus ni terutama sekali bagi mereka yang belum penah menghadiri kursus seperti ni. jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat especially urusetia2 yang terlibat secara langsung atau tak berapa langsung. dan sekalung pernghargaan kepada model jenazah :

* model jenazah wanita- PUAN NURUL WAHYUNI KERK SHIAU PHIN (maaf ye Puan kalau salah ejanye)

* model jenazah lelaki- ENCIK ZAMRI BIN JAMALUDDIN ( volunteer)

yang bestnye, kursus ni..model jenazah dimandikan betul2, yang lelaki tak pasti pulak samada dijirus dengan air kapur barus atau tak. yang model jenazah perempuan tak pulak dimandikan dengan air kapur barus, kesian lak kat PUAN WAHYUNI..kang tak pasal2 badan bau kapur barus. ape2 pun kedua2 model jenazah mmg sporting :) syukran lakum...Moga kursus ni akan dilakukan lagi tahun depan dan terbuka untuk semua warga PDRM tak kira staff BAKA atau anggota, ataupun anak anggota PDRM. supaya semua orang akan mendapat manfaat daripada kursus seperti ni. kat sini, saya upload serba sikit gambar2 sepanjang kursus pengurusan jenazah. :)
(da abis kursus..boleh makan)


(peserta wanita)

(muka depan fail peserta..nak jugak)


( kaunter pendaftaran..kena check in sini dulu)

( peserta wanita)


( penceramah 1: ustaz azmi ismail KCA BAKA)


( penceramah 2: Ustaz Azli bersama model nye..Ustaz Rasul)